1. PEMILIHAN JENIS RUMAH

Langkah PERTAMA  memulakan perniagaan homestay ialah dengan memilih jenis rumah yang sesuai dan berkemampuan dengan pendapatan kita.

Jenis-jenis rumah yang boleh dijadikan homestay ialah :

  1. Rumah Banglo
  2. Flat/Apartmen
  3. Kondominium
  4. Rumah Teres
  5. Rumah Teres
  6. Rumah Kampung
  7. Rumah Kontena

Kesemua jenis rumah diatas mempunyai kos penyelenggaraan yang berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang murah. Pilihlah mengikut kemampuan dan kebijaksanaan anda. Setiap jenis rumah mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

2. PEMILIHAN LOKASI

Langkah KEDUA ialah pemilihan lokasi yang strategik adalah faktor penting dalam memastikan perniagaan homestay anda sentiasa mendapat tempahan setiap masa.

Diantara kriteria yang boleh dijadikan faktor pengukur lokasi yang baik ialah:

a) Lokasi yang berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong seperti menara berkembar KLCC

b) Lokasi yang berdekatan dengan taman tema seperti Lost World Of Tambun dan Legoland.

c) Berdekatan dengan hospital atau institusi perubatan seperti Institut Jantung Negara dan sebagainya.

d) Berdekatan dengan institut pengajian seperti kolej dan universiti.

e) berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.

f) Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan lain seperti kedai serbaneka atau kedai runcit, swimming pool, kedai dobi dan taman rekreasi.

g) Mempunyai kemudahan tempat letak kereta terutamanya untuk warga tua, anak kecil dan OKU.

3) MENDAPATKAN RUMAH

Langkah KETIGA adalah bagaimana untuk mendapatkan rumah atau homestay idaman. Terdapat 3 kaedah yang disyorkan dalam buku Jutawan Homestay adalah :

a. Kaedah pembelian hartanah sendiri

Pembelian hartanah sendiri bermaksud kita membeli hartanah kita sendiri samada hartanah baru dari pemaju hartanah atau subsale (rumah yang dijual oleh pemilik hartanah mereka) melalui pinjaman  bank.

b. Kaedah sublet (menyewa daripada orang lain)

Kaedah sublet ini adalah kaedah dimana anda tidak perlu membeli hartanah sendiri sebaliknya anda hanya perlu menyewa hartanah tersebut dan menjadikannya homestay dengan syarat mendapat persetujuan rasmi daripada pemilik hartanah tersebut.Anda              dinasihatkan tidak melakukan penipuan kerana buruk padahnya.  

c.   Kaedah JV – Joint Venture (bekerjasama dengan pemilik rumah)

  • Cara JV duit : iaitu anda dan rakan kongsi mengeluarkan duit sebanyak 50% setiap seorang dan duit tersebut digunakan untuk operasi pengurusan homestay. Keuntungan yang diperolehi setelah menolak segala kos operasi hendaklah diberikan sama rata.
  • Cara JV Operasi dan Hartanah : cara jenis ini adalah dimana anda melaksanakan marketing dan operasi homestay dengan menerima bayaran tetap atau peratus daripada keunungan homestay tanpa anda mengeluarkan sebarang kos.

Bagi anda yang ingin mendalami ilmu perniagaan homestay boleh la mendapatkan E-book Jutawan Homestay kerana anda akan diajar selok-belok perniagaan homestay dari mula hingga akhir. Anda juga akan diberikan 3 bonus extra. Berbaloikan


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
YouTube
YouTube
Instagram