Dalam perniagaan, kita tidak digalakkan menggunakan 1 atau 2 kaedah pengiklanan sahaja kerana bakal pelanggan kita berbeza-beza latar dan kehendak. Bahkan kita perlu berdepan dengan persaingan yang sengit dengan pengusaha-pengusaha homestay yang lain. Buat apa ada perniagaan tapi tidak ada pelanggan. Justeru itu, kaedah pengiklanan perniagaan yang betul sangat penting dalam menarik bakal pelanggan anda. 9 rahsia pengiklanan dibawah ini sangat penting dalam memastikan perniagaan homestay anda berjalan secara konsisten dan berjaya beroleh pendapatan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan serius

Rahsia Pertama : Meletakkan banner atau banting di hadapan homestay

Kaedah ini sesuai untuk rumah yang landed dimana orang ramai yang melalui kawasan rumah anda akan mengetahui kewujudan homestay di kawasan tersebut. Didalam banner tersebut jangan lupa untuk meletakkan nombor telefon anda untuk mudah menghubungi dan berurusan.

Rahsia Kedua : Facebook Page

Untuk menjenamakan perniagaan homestay, anda disyorkan untuk mempunyai Facebook Page kerana ia bertindak sebagai platform untuk anda berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan pelanggan. Di Facebook Page anda boleh berkongsi testimonial dari pelanggan anda sebagai langkah menarik pelanggan baru. Anda juga boleh berkongsi tempat-tempat yang menarik yang boleh dilakukan sekiranya berkunjung ke homestay anda.

Rahsia Ketiga : Pengiklanan di Instagram

Pengiklanan di Instagram adalah pengiklanan berbentuk visual dimana anda boleh berkongsi gambar dan video yang menarik disini. Gambar-gambar bersama pelanggan, kemudahan yang disediakan di homestay boleh dikongsi di Instagram untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan kepada bakal pelanggan anda. Sentiasa mengemaskini gambar-gambar terbaru dan promosi atau pakej terkini yang ditawarkan oleh homestay anda.

Rahsia Keempat : Pengiklanan di Mudah.my

Untuk langkah percubaan anda boleh mengiklankan homestay anda secara percuma di Mudah.my dan lihat keberhasilannya. Sekiranya mendapat hasil yang positif anda boleh mengiklankan secara konsisten disini dengan mendaftar akaun di Pro Niaga.

Rahsia Kelima : Menggunakan kaedah Online Travel Agency (OTA)

OTA atau Online Travel Agency bertindak seperti agensi pelancongan yang membantu mencari pelancong untuk anda. Terdapat 30 online platform yang berpengaruh yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan homestay anda di dalam negara ataupun luar negara. Didalam E-book Jutawan Homestay tersenarai 30 OTA yang berpengaruh untuk rujukan dan pilihan anda.

Rahsia Keenam : Membina website homestay anda sendiri

Kewujudan website adalah sebagai kedai anda di alam maya untuk lebih dikenali. Ia juga memudahkan pelanggan untuk mencari maklumat tentang homestay dan cara menghubungi anda seperti nombor telefon dan alamat. Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran dalam membina website saya mengsyorkan agar anda mendapatkan khidmat mereka yang mahir. Berikut ialah maklumat yang wajib ada di dalam website homestay anda ?

  • Latar belakang homestay
  • Pilihan unit-unit homestay
  • Kemudahan yang terdapat di homestay
  • Lokasi homestay
  • Review dan testimoni
  • Nombor dan alamat untuk dihubungi

Rahsia Ketujuh : Word of Mouth

Word of mouth ni nampak macam mudah je..Tapi untuk memastikan kaedah ini berjalan dengan lancar perkara utama yang anda perlu terapkan ialah kepuasan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan anda tidak berpuashati ia boleh menjatuhkan imej dan reputasi perniagaan anda jika pelanggan anda berkongsi di laman sosial.

Rahsia Kelapan : Repeat Customer

Pelanggan yang berpuashati dengan homestay anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menginap di homestay anda pada masa akan datang. Apa yang anda perlu lakukan adalah :

  • Setup email list – melalui email anda boleh war-warkan promosi yang ditawarkan kepada pelanggan anda.
  • Memberi offer kepada repeat customer
  • Memberi respond yang pantas bila dihubungi

Rahsia Kesembilan : Networking

Jadikan media sosial untuk mengembangkan networking atau jaringan perniagaan anda dengan menyertai group-group homestay yang ada di sana kerana anda boleh berinteraksi dan berkongsi pendapat dan ilmu pengetahuan bersama para pengusaha homestay. Didalam group tersebut juga anda boleh saling membantu antara satu sama lain sekiranya ada pelanggan yang mencari homestay.

Alhamdulillah selesai sudah 9 rahsia pengiklanan homestay yang berkesan. Nasihat saya, anda tidak perlu mencuba 9 kaedah diatas secara serentak. Anda boleh lakukan secara step by step. Sekiranya artikel ini bermanfaat jangan lupa untuk share yea..


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
YouTube
YouTube
Instagram