Assalamualaikum, apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka lah yea. Untuk post kali ini saya nak kongsi pengalaman bawa anak-anak ke taman rama-rama Penang, Entopia yang terletak di Teluk Bahang. Saya memilih untuk bawa anak-anak bercuti pada 1-3/8/2019 iaitu seminggu lebih awai sebelum cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha bermula untuk dapatkan harga hotel yang murah sebab kalau pergi masa cuti sekolah harga hotel pun naik mencanak-canak.

Sedikit pengenalan tentang Entopia, Penang ia ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Mr. David Goh yang merupakan seorang guru yang mempunyai minat mendalam terhadap rama-rama dan hidupan serangga. Kerana minat beliau terhadap bidang Entomology maka tercetuslah idea untuk menubuhkan taman tropika rama-rama dan hidupan serangga yang dikenali sebagai Penang Butterflies Farm  sebagai salah satu usaha beliau untuk memelihara serangga-serangga ini. Usaha beliau ini membuahkan hasil apabila ladang rama-rama ini menjadi tempat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Pinang. 

Hasil usahanya yang gigih kini membuahkan hasil yang lumayan apabila terbinanya Entopia yang gah berdiri di Teluk Bahang sebagai salah satu mercu tanda tarikan pelancong ke Pulau Pinang. 

Membawa keluarga bercuti sememangnya memerlukan perberlanjaan yang banyak. Disini ingin saya ingatkan supaya anda merancang percutian anda sekeluarga walaupun percutian pendek dalam negara. Ini bagi mengelakkan pengaliran wang yang berlebihan dan sebagai langkah penjimatan. Sebulan sebelum pergi bercuti saya dan suami telah mengatur aktiviti yang ingin dijalankan di sana beserta perbelanjaan untuk makan minum dan lain-lain. Tabung khas diwujudkan untuk pergi bercuti supaya kita tak gunakan wang simpanan sendiri. 

Seminggu sebelum ke Entopia saya melayari laman web Entopia terlebih dahulu untuk melihat harga tiket dan promosi yang mereka jalankan. Untuk warganegara Malaysia anda perlu menunjukkan kad pengenalan untuk mendapatkan harga yang lebih murah berbanding bukan warganegara. Dan sekiranya anda membeli tiket secara online anda disarankan untuk membeli 3 hari lebih awai untuk mendapatkan diskaun 10%. Sebarang pertanyaan atau info yang anda ingin ketahui boleh lah melayari laman web rasmi Entopia Kemasukan kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah dan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah percuma.

Harga tiket untuk kemasukan kami sekeluarga semuanya berjumlah RM101 untuk 2 orang dewasa dan anak yang sulung berumur 6 tahun. Untuk anak yang bongsu tidak dikenakan caj sebab belum cukup 3 tahun lagi. Kami juga mendapat diskaun 20% semasa lawatan kami kerana mempunyai kad Toys’R’Us Star Card dan diskaun tersebut terhad untuk 4 tiket sahaja. Anda disarankan untuk menyemak promosi yang dijalankan oleh pihak Entopia, Penang bagi membolehkan anda mendapatkan potongan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk melihat Promosi Entopia.

Perkhidmatan Bas

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas anda boleh menaiki bas Rapid Penang di 3 stesen bas yang menawarkan bas terus ke Entopia, Penang iaitu :

  1. Route 101 : dari Pengkalan Weld ke Teluk Bahang.
  2. Route 102 : dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang PIA ke Teluk Bahang
  3. Route 501 : dari Balik Pulau ke Teluk Bahang
Dibawah ini disertakan jadual perjalanan Rapid Penang ke Teluk Bahang. Anda boleh layari laman web Rapid Penang untuk melihat jadual perjalanan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Schedule Rapid Penang
Schedule Rapid Penang dari Pengkalan Weld dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Rapid Penang
Schedule Rapid Penang dari Pekan Balik Pulau Ke Teluk Bahang

Menjejakkan kaki ke dalam Entopia, mata kami terpegun dengan lanskap di hadapan pintu masuk Entopia yang cantik dan disapa oleh seorang photographer disitu. Bagi anda yang ingin mengabadikan kenangan bersama keluarga boleh lah menggunakan photographer yang disediakan oleh pihak Entopia dan anda perlu bayar gambar tersebut mengikut saiz dan pakej yang disediakan.

Dibawah ini disertakan map Entopia sebagai rujukan dan gambaran pengembaraan anda nanti. Entopia dibahagikan kepada 2 dunia iaitu Natureland (taman luaran atau “Outdoor Garden”) dan Cocoon (pusat penemuan tertutup atau “Indoor Discovery Centre”).

Entopia Map
Entopia Map

The Natureland

Natureland merupakan taman hidupan luaran Entopia yang besar. Terdapat hampir 15,000 ekor rama-rama berterbangan bebas yang terdiri daripada lebih kurang 50 spesis rama-rama tropika. Selain daripada rama-rama, pengunjung juga dapat melihat haiwan jenis reptilia, amfibia dan inverterbrata yang hidup didalam ciptaan alam semulajadi

The Cocoon

Cocoon berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata. Selain itu, ruang pameran dua tingkat ini mempunyai beberapa bahagian iaitu Pandora Forest, Metamophosis, Lumino City, Downtown Entopia dan juga tempat pembiakan rama-rama di Breeding Ground. Pengunjung boleh meneroka misteri hutan di bahagian Underground Mystery dan Understory Tales yang menempatkan pelbagai spesies serangga dan invertebrata seperti lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi. Lawatan ke Cocoon yang terdiri daripada 2 tingkat dijangka mengambil masa satu jam berikutan terdapat beberapa stesen pendidikan yang menawarkan permainan interaktif.

Natureland

Sangat mengasyikkan apabila melihat rama-rama berterbangan dengan bunyi deruan air. Anak-anak pun sangat teruja apabila melihat rama-rama terbang dan hinggap ditangan. Lanskap di dalam Entopia juga sangat cantik dan bersih. Pelbagai kemudahan juga disediakan seperti tandas, ruang solat, dan restoran. Haiwan-haiwan seperti iguana, kalajengking, ular, labah-labah dan itik turut dipamerkan. Pelbagai tumbuh-tumbuhan di tanam bagi menwujudkan suasana alam semulajadi rama-rama  di sini.

Cocoon

Selesai mengembara di Natureland kami memasuki ruangan Cocoon pula. Suasananya seperti berada di dalam gua sangat mengasyikkan dengan lampu-lampu dan bunyi-bunyian. Ruangan Cocoon ini berkonsepkan pameran pendidikan mengenai dunia serangga dan invertebrata seperti proses kitaran hidup rama-rama dan serangga.  Di sini juga terdapat pusat pembiakan rama-rama iaitu Breeding Ground. Anda boleh melihat ulat sutera dan proses bagaimana benang sutera dihasilkan di Silk Boutique. Hoppers Library di mana pelbagai rupa bentuk dan jenis belalang dipamerkan. Lawatan ke Cocoon mengambil masa yang panjang kerana ia terdiri daripada 2 tingkat dan terdapat beberapa stesen pendidikan yang menawarkan permainan interaktif. 

Silk Boutique

Silk Boutique
Silk Boutique
Ulat Sutera
Ulat Sutera

Hoppers Library

Hoppers Library
Hopper Library

BZB Real Estate

BZB
BZB

Sesungguhnya pengalaman kali ini sangat menyeronokkan, dan saya amat berpuas hati. Pengembaraan kami di taman rama-rama ini berakhir di kedai cenderamata dengan membeli sedikit souvenir dan aiskrim..nyumm..nyumm. Untuk melihat lebih banyak foto-foto menarik di Entopia, Penang boleh lah kunjungi ke My Gallery.

Ibubapa yang berminat untuk mengunjungi Entopia By Penang Butterfly Farm, berikut disertakan alamatnya dan nombor telefon : 

830 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia. 
Phone : (604)-8888-111 

Website : www.entopia.com
Email :  info@entopia.com 

Sekiranya post kali ini bermanfaat buat anda, bolehlah kongsikan dan tinggalkan komen anda di bawah.

Categories: Penang

3 Comments

Hazirah Hamid · August 22, 2019 at 2:46 am

Nice info… Helpful

solve issues · September 17, 2019 at 1:53 pm

Hi, just wanted to say, I loved this post. It was funny.
Keep on posting!

ปั้มไลค์ · May 23, 2020 at 1:03 am

Like!! Really appreciate you sharing this blog post.Really thank you! Keep writing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
YouTube
YouTube
Instagram