Hameediyah Nasi Kandar

Permulaan cuti sekolah akhir tahun 2019, kita mai bawa keluarga pekena nasi kandar Hameediyah. Dulu kecik-kecik ja mai sini, lani baru nak mai repeat lain bawa keluarga.

Salah satu nasi kandar yang terkenal di Penang ialah nasi kandar Hameediyah yang terletak di Lebuh Campbell, Penang. Bermula pada tahun 1907 di Lebuh Campbell, Penang. Kini Restoran Hameediyah mempunyai cawangan di Butterworth dan Kota Damansara. Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell ni terletak betul-betul ditepi jalan utama dan tidak ada tempat parking, sekiranya anda menaiki kenderaan anda dinasihatkan untuk mencari tempat parking yang bersesuai dan berdekatan situ agar mudah untuk berjalan kaki.

Alam Indah Banquet Hall
Alam Indah Banquet Hall

Tempat parking alternatif yang ada ialah di Alam Indah Banquet Hall. Parking berbayar ini agak berdekatan dengan Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell, jadi kita kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Pada hari Jumaat, restoran ini akan berhenti rehat seketika dari pukul 12.30 tengahari – 3 petang. Masuk je dalam Restoran Hameediyah, aroma murtabak menusuk hidung..Ermm..memang sedap bau. Tapi perut lapaq nasi. So, kita order nasi briyani buat hidang kongsi dengan suami dan anak-anak. Menu pilihan petang Jumaat (22/11/2019) ialah nasi Briyani, sotong sambal, ayam kampung bawang, bendi, telur rebus, papadom dan tak lupa kambing Mysore. Ayaq kita order mango lassi dengan teh o ais. Jumlah yang perlu dibayar untuk makanan sahaja petang tersebut ialah RM54.50 tak termasuk ayaq.

Lauk Pauk
Lauk Pauk
Resit Hameediyah
Resit Hameediyah

Hajat nak makan murtabak tak kesampaian sebab kenyang sangat..nak tapau pun takut membazir. Next time, kita cuba pula murtabak Hameediyah. 

Murtabak Hameediyah
Murtabak Hameediyah

Senarai harga makanan boleh disemak di papan menu yang telah disediakan. Kalau nak ambil lamb shank ke, udang ke, pastikan tanya harga dulu yea. Jangan nanti dok buat muka terkejut beruk. Makanan di sini memang sedap..rasa rempah ratus dan yang pasti tanpa perasa tambahan seperti MSG atau ajinomoto. Restoran Hameediyah ni ada beberapa cawangan yang anda boleh cuba iaitu di Butterworth dan Kota Damansara. Restoran Hameediyah ni bersih dan selesa serta berhawa dingin. Kalau anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang, saya syorkan untuk anda mencuba makanan di Restoran Hameediyah. Pastikan perut anda kosong yea kerana rambang mata dengan pilihan lauk pauk yang ada. Kalau boleh semua nak rasa.

Restoran Hameediyah :

 Penang

1) Restoran Utama : 164, Lebuh Campbell, Georgetown, 10100 Georgetown, Pulau Pinang

2) Cawangan : Hameediyah Jalan Baru. No G3A,G5 & G6 Medan Perniagaan Pauh Jaya Perai
Butterworth 13600, Penang No Tel:04-383 0663
 
3) Hameediyah Kota Damansara. Unit A-GF-01 Sunway Nexis, No 48 Jalan PJU 5/8,
Petaling Jaya 47810. No Tel:03-6151 7766

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
YouTube
YouTube
Instagram