Di Malaysia ada banyak perayaan mengikut bangsa dan agama disambut sepanjang tahun seperti Wesak, Thaipusam, Israk dan Mikraj, Deepavali, Tahun Baru Cina, dan Aidilfitri. Apabila banyak perayaan disambut maka banyaklah cuti umum diberikan. Perkongsian untuk kali ini, saya nak ceritakan serba sedikit pengalaman bawa anak-anak ke Penang dan tempat yang kami kunjungi ialah Tropical Spice Garden dan Toy Museum.

Ok, selalunya kalau saya pergi Penang dengan keluarga kami suka window shopping dekat shopping kompleks terkemuka macam Gurney Paragon dengan Gurney Plaza. Lepas window shopping kami jalan-jalan cari makan dekat tempat best-best. Untuk percutian kali ni, saya pergi Penang masa cuti Israk & Mikraj iaitu pada 3/4/2019 – 5/4/2019. Saya nak bawa anak-anak pergi Toy Museum. Dibawah ni saya letakkan alamat Toy Museum untuk rujukan para pembaca blog ni kalau nak pergi. 

Toy Museum Heritage Garden
1370, MK2, Teluk Bahang,
11050 Penang.
(Beside SJK (C) Eok Hua School)

Nak pergi Toy Museum ni kami lalu kot Batu Feringghi dan macam biasa la bila masuk tempat orang kita akan buka pakcik Google Map. Bila Google Map kata dah sampai Toy Museum tu, kami tercari-cari juga la mana museum tu sebab tak nampak pun. Kami berhenti dekat Batik Craft dan kami masuk untuk tanya orang kat situ. Dah alang-alang sampai Batik Craft kami pun melawat la tempat tu. Disitu ada pekerja tengah mencanting batik, sambil tengok proses mencanting kami tanya mereka  dimana Toy Museum yang kami nak pi tu. Rupanya Toy Museum tu terletak di belakang Batik Craft ni. Dari jalan besar memang takkan nampak Toy Museum, kami pun masuk kedai Batik saja nak cuci mata sebab tengok ramai orang putih dalam tu. Pelbagai kraftangan berasaskan batik ada terjual disitu dan harganya memang international habis..hehe.

Pekerja batik sedang melakukan kerja mencanting

Kami keluar dari Batik Craft dan pergi ke Toy Museum, kalau nak jalan kaki dari Batik Craft tu pun boleh je tapi disebabkan panas dan kesian dekat anak-anak jadi kami naik kereta juga. First impression, bila tengok memang agak suram dan tak ada pelawat lain kecuali kami. Pergi ke kaunter untuk beli tiket, harga untuk dewasa RM24 dan kanak-kanak RM18 jumlah semua RM66. Kanak-kanak bawah 5 tahun tidak dikenakan bayaran.

Pintu masuk Toy & Fantasy Museum

Koleksi mainan yang dipamerkan diletakkan didalam rak yang ditutup dengan plastik lutsinar. Ini bagi mengelakkan barangan tersebut disentuh oleh para pengunjung kerana ada diantara koleksi ini dibeli diluar negera dengan harga yang mahal. Kita hanya boleh lihat dan merakam gambar sahaja. Pelbagai watak kartun yang ada disini seperti Batman, Spiderman, Transformer, Superman, Barbie dan banyak lagi.

Patung Transformer

Suasana dalam Toy Museum, Teluk Bahang, Penang

Lepas seronok ambik gambar dan tengok patung-patung kami pun keluar dari Toy Museum, sebelum keluar kita tangkap gambar lagi depan pintu masuk.

Pintu depan Toy Museum

Keluar dari Toy Museum saya dengan suami berbincang destinasi seterusnya. Saya ajak suami pergi ke Tropical Spice Garden yang terletak dialamat seperti dibawah. 

Pintu hadapan Tropical Spice Garden, Teluk Bahang, Penang.

Tropical Spice Garden 

Lot 595 Mukim 2, Jalan
Teluk Bahang, Teluk 
Bahang,11050 George 
Town, Pulau Pinang 
+604 8811 797/796/795 or +6012 4307795

Sebenarnya Tropical Spice Garden ni saya nampak masa dalam perjalanan ke Toy Museum. Lepas keluar dari Toy Museum kami tak tahu nak pergi mana lagi dan masa pun masih panjang jadi kami putuskan untuk melawat Tropical Spice Garden. Kalau nak pergi ke tempat lain mungkin jauh dan memakan masa. Masuk ke Tropical Spice Garden macam biasa kena beli tiket dulu. Harga untuk dewasa RM31 dan kanak-kanak RM18 (4-8 tahun).  Lebih mahal dari Toy Museum tapi memandang kita nak anak-anak berjalan sambil belajar jadi kita teruskan juga. 

Disini anda diberi 2 pilihan, samada untuk gunakan live guide ataupun audio. Harga tiket berbeza ikut pilihan anda. Kami pilih untuk guna audio kerana lebih murah. Kami diberikan dua alat audio dan peta sebagai petunjuk dalam pengembaraan kami. Anda akan diajar untuk menggunakan audio tersebut tapi awas jangan hilangkan dan rosakkan audio kerana anda akan didenda senyak RM300.

Sepanjang perjalanan masuk ke Tropical Spice Garden anda akan lihat papan tanda dan nombor-nombor sebagai rujukan. Anda perlu tekan nombor yang tertera diaudio dan pesanan suaran melalui audio tersebut akan menerangkan tentang pokok tersebut mengikut nombor yang anda tekan.

Pemandangan hijau, deruan air dengan bunyi-bunyian unggas hutan sangat menyenangkan. Anak-anak sangat gembira terutamanya Inas. 

Penerangan tentang tumbuhan hutan

Mountain Horned Lizard

Disini akan ada beberapa Check point untuk anda lalui. Setiap check point ada tempat rehat yang unik. Ada pelbagai pokok herba dan pokok hutan ditanam disini contohnya pokok Tongkat Ali. Anda boleh pelajari pelbagai jenis pokok herba di hutan tropika. Disini juga ada buaian yang besar untuk anda beristirehat. 

Buaian gergasi

Di check point no.14  ada kiosk yang menyediakan minuman teh herba yang sangat menyegarkan. Terdapat sungai kecil yang mengalir menjadikan suasan disini sangat sejuk dan nyaman.

Herbal tea kiosk

Anak sungai yang mengalir

Beristirehat sambil tengok pemandangan

Selain melihat tanam-tanam hutan disini, anda juga boleh singgah di kedai cenderahati yang mana terdapat produk penjagaan diri berasaskan herba seperti bath & shower oil, bath salt, body mist dan macam-macam lagi. Disini anda juga terdapat kelas memasak, tetapi untuk kelas memasak anda perlu bayar harga yang berasingan.

Tropical Spice Garder juga menawarkan pakej perkahwinan, teambuilding, meeting & seminar. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://tropicalspicegarden.com/.

Ok lah, untuk mengakhiri sesi percutian kali ini saya nak beri markah berdasarkan pengalaman dan rasa keseronokan untuk 2 tempat ini iaitu Toy & Fantasy Museum saya bagi rating 2 markah, manakala untuk Tropical Spice Garden saya bagi 4 markah. Oleh itu, nasihat saya rancanglah perjalanan dan percutian dengan sebaik mungkin.  

Categories: Penang

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow by Email
YouTube
YouTube
Instagram